BILA CINTA MENYATU

>> Monday 16 March 2009

Sabtu, 21 Mac 2009- Cinta tidak akan menyatu tanpa wujudnya kasih antara dua insan yang bercinta. Penyatuan ini akan dapat dikecapi dengan bahagianya bila sampai ke jinjang pelamin. Menyorot kembali majlis perkahwinan anak buah kepada Tuan Haji Jamain baru- baru ini; telah menggeletik mindaku untuk menyorot rahmat disebalik penyatuan itu. Rahmat ini akan saya lontarkan dalam perspektif satu komuniti satu hati. Sebagaimana yang kita maklum, BAHASA adalah satu komuniti yang berkembang besar dalam arena dunia penulisan, demikian juga menerusi sesawang web masa kini. BAHASA tidak akan bergerak jauh tanpa ada sumber, tenaga dan komitmen dari ahli yang menjadi pendokongnya.
Kejayaan BAHASA hari ini adalah percaturan bijak ahlinya dalam pelbagai 'versi' sehingga mewajahkan BAHASA itu sebagai satu medan dan lapangan untuk mencari ruang dan peluang mengembangkan bahasa, minat dan bakat bagi pencinta bahasa. Realitinya ini tidak boleh disangkal apabila BAHASA (S) berjaya mendapat tempat di hati masyarakat, badan- badan berkanun dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) khususnya memberi keyakinan penuh kepada BAHASA (S) untuk terus memperjuangkan martabat bahasa itu sendiri. Inilah yang saya maksudkan bila cinta menyatu segalanya akan dapat dicapai dengan mudah tanpa hambatan dan belenggu. Sememangnya hati- hati penggerak BAHASA sudah lama menyatu, kalau tidak takkan BAHASA hari ini berada di puncaknya. Malah cinta yang lama berbunga ini kerap mendapat 'baja organik' dari BAHASA Negeri dan DBP Cawangan Sabah. Ini menjadikan BAHASA (S) adalah yang terbaik dan berpotensi untuk menjadi 'lubuk' BAHASA di Sabah khasnya.
Syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang terus bersatu dalam satu cinta memperjuangkan seni, budaya dan bahasa ke peringkat lebih tinggi. Sesungguhnya BAHASA KITA, JIWA KITA.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP