PERSIDANGAN PERSURATAN DAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 2009

>> Tuesday 3 March 2009

PERSURATAN kebangsaan termasuklah kesusasteraan kebangsaan, dan tulisan atau penerbitan yang menggunakan bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan.
Kehadiran BAHASA Sandakan ke persidangan tersebut sudah lama dimaklumi dan dirancang oleh ahli BAHASA ini. Pengalaman, pengetahuan yang bakal dikaut pastinya akan memberi lagi imbalan yang besar dalam usaha BAHASA Sandakan meneroka bidang ilmu penulisan di Sabah khasnya. Usaha ini harus digembeling bersama agar impaknya lebih berkesan dan dapat dirasai bersama.
Peluang dan ruang yang luas seperti ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Niat dan peradaban meletakkan ruang yang luas untuk kita mempelajarinya. Hanya sekiranya kita mengambil remeh, maka ia akan memberi pulangan yang negatif serta sia-sia. Justeru kehadiran kita kali ini akan menerbus jauh untuk menyatakan impian kita bersama dalam BAHASA di Sabah. BAHASA Sandakan yang 'sangat gila' pada ilmu penulisan akan berbuat apa sahaja usaha untuk berjaya. Semangat ini akan membawa BAHASA Sandakan ke puncak jaya suatu hari nanti.
Sekitar 16 ahli BAHASA Sandakan akan 'menggegarkan' Kota Kinabalu dengan aura semangat ahlinya. BAHASA Sandakan bersyukur persidangan seumpama ini dapat dilaksanakan di negeri Bawah Bayu. Semoga persidangan ini akan dapat mengangkat persuratan dan kebudayaan kebangsaan sepanjang masa.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP