LUUK SAPI BERI CABARAN

>> Saturday 6 June 2009


Luuk Sapi merupakan kisah mitos masyarakat Suluk dan Bajau tentang kewujudan Batu Sapi di Sandakan. Perkelahian di antara seekor Sapi mempertahankan Luuk dari sang buaya yang mahu mengganggu penduduk Luuk tercetus apabila Datu Nakura murka dengan si Utu' yang membiarkan sapi-sapinya berkeliaran di kampung. Serangan buaya dianggap satu musibah dahsyat oleh penduduk kampung. Musibah ini berakhir dengan kejadian aneh seekor Sapi mempertahankan kampung berkenaan dari serangan seekor buaya yang ganas. Dengan kehendak Allah SWT, kedua- duanya bertukar menjadi batu. Kejadian ini telah memberi pengajaran yang besar kepada Datu Nakura dan penduduk kampung agar sentiasa berpegang pada janji, hormat menghormati, dan berlaku adil jika menjadi pemimpin.
Sesungguhnya kisah ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Ia tidak sahaja menampilkan adat dan budaya kedua- dua kaum ini, lebih dari itu kisah ini mengangkat nama kawasan Batu Sapi di atas pentas teater. Bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam pembikinan teater LUUK SAPI tentunya berhadapan dengan cabaran, rintangan dan kritikan. Tidak kurang juga ada yang merendah- rendahkan usaha ini. Lebih 'panasnya' lagi, apabila ada juga yang mahu membikin teater selepas melihat dan membaca rencana mengenai Luuk Sapi di dada akhbar.
Saya tabik dengan pegarah dan produksi yang lain, dalam penat dan letih pun mereka terus berusaha menjayakan pementasan tanpa menghirau 'pengacau- pengacau' di luar. BAHASA Sandakan merupakan lagenda Sapi yang gagah manakala 'pengacau' adalah bayang- bayang ketakutan sang buaya.
Syabas dan tahniah untuk BAHASA Sandakan! Hadapi cabaran, capai kejayaan!

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP