ADAB BERHARI RAYA

>> Friday 18 September 2009



Pertama: Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana Hari Raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada hamba-hambanya.
Kedua: Menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama sembahyang sunat tasbih hukumnya adalah sunat.
Ketiga: Pada pagi Hari Raya pula, sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidulfitri dan bukannya mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri.
Keempat: Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.
Kelima:Sunat memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid bagi menunaikan sembahyang Sunat Hari Raya. Keenam: Menunaikan sembahyang sunat Hari Raya, bahkan ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.
Ketujuh: Sunat doa mendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain seperti mengucapkan yang maksudnya: Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak. Maksud daripada kalimah tahniah yang berbentuk doa yang diucapkan itu membawa makna semoga diterima puasa dan amal kebajikan yang dibuat di bulan Ramadhan.
Kelapan :“ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari di bulan Syawal adalah itu puasa setahun “ Riwayat Muslim.

Read more...

PEMIMPIN DITELADANI

Pengarah DBP bersama Bung Mokhtar, Ahli Parlimen Kinabatangan
dan diiringi oleh Encik Helmy, Encik Al Fazli (Timb Pengerusi BAHASA Sandakan.
Bersama YB Datuk (K) Samsudin Yahya

Kunjungan Pengarah DBP Cawangan Sandakan Encik Zubaidi Abas ke Sandakan baru- baru ini mengingatkan saya pada satu ungkapan bestari- PEMIMPIN ADALAH KHADAM RAKYAT. Apa tidaknya mereka inilah yang bertanggungjawab mengurus hal ehwal kebajikan rakyat serta membantu dan membimbing masyarakat setempat. Usaha Pengarah DBP mencari ruang dan peluang kepada masyarakat untuk mentelaah ilmu harus mendapat pujian.
Keikhlasan beliau turut mendapat perhatian dari beberapa orang pemimpin negara seperti YB Datuk Samsudin Yahya (ADUN SEKONG) dan YB Bung Mokhtar Raden (AHLI PARLIMEN KINABATANGAN).
Badan Bahasa Dan Sastera, Sandakan cukup berbangga dengan sokongan yang diberi oleh pihak DBP kepada Badan ini sehingga mampu untuk mengadakan pelbagai aktiviti di Sabah khasnya. Usaha untuk mengadakan Bulan Bahasa Dan Sastera di Sandakan dilihat sebagai satu lagi usaha mendaulatkan perjuangan BAHASA ke peringkat yang lebih tinggi.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP