PENGUMUMAN

>> Saturday 14 November 2009

Laman blog BAHASA Sandakan dalam proses penyelengaraan untuk wajah baharu sempena Aidil Adha dan Tahun Baru 2010.
Pengunjung masih boleh berhubung dengan kami melalui BUAL BICARA.
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA.

Read more...

ADAB BERHARI RAYA

>> Friday 18 September 2009



Pertama: Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana Hari Raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada hamba-hambanya.
Kedua: Menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama sembahyang sunat tasbih hukumnya adalah sunat.
Ketiga: Pada pagi Hari Raya pula, sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidulfitri dan bukannya mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri.
Keempat: Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.
Kelima:Sunat memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid bagi menunaikan sembahyang Sunat Hari Raya. Keenam: Menunaikan sembahyang sunat Hari Raya, bahkan ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.
Ketujuh: Sunat doa mendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain seperti mengucapkan yang maksudnya: Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak. Maksud daripada kalimah tahniah yang berbentuk doa yang diucapkan itu membawa makna semoga diterima puasa dan amal kebajikan yang dibuat di bulan Ramadhan.
Kelapan :“ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari di bulan Syawal adalah itu puasa setahun “ Riwayat Muslim.

Read more...

PEMIMPIN DITELADANI

Pengarah DBP bersama Bung Mokhtar, Ahli Parlimen Kinabatangan
dan diiringi oleh Encik Helmy, Encik Al Fazli (Timb Pengerusi BAHASA Sandakan.
Bersama YB Datuk (K) Samsudin Yahya

Kunjungan Pengarah DBP Cawangan Sandakan Encik Zubaidi Abas ke Sandakan baru- baru ini mengingatkan saya pada satu ungkapan bestari- PEMIMPIN ADALAH KHADAM RAKYAT. Apa tidaknya mereka inilah yang bertanggungjawab mengurus hal ehwal kebajikan rakyat serta membantu dan membimbing masyarakat setempat. Usaha Pengarah DBP mencari ruang dan peluang kepada masyarakat untuk mentelaah ilmu harus mendapat pujian.
Keikhlasan beliau turut mendapat perhatian dari beberapa orang pemimpin negara seperti YB Datuk Samsudin Yahya (ADUN SEKONG) dan YB Bung Mokhtar Raden (AHLI PARLIMEN KINABATANGAN).
Badan Bahasa Dan Sastera, Sandakan cukup berbangga dengan sokongan yang diberi oleh pihak DBP kepada Badan ini sehingga mampu untuk mengadakan pelbagai aktiviti di Sabah khasnya. Usaha untuk mengadakan Bulan Bahasa Dan Sastera di Sandakan dilihat sebagai satu lagi usaha mendaulatkan perjuangan BAHASA ke peringkat yang lebih tinggi.

Read more...

JOM MENULIS DI BULAN RAMADHAN

>> Sunday 23 August 2009

Ramai yang menyangka bulan ini sudah tentu meletihka, maklumlah tak dapat makan dan minum. Sebenarnya sebaliknya. Bulan ini ramai pengarang mengambil peluang menulis dan menyiapkan karya mereka. Pada pandangan mereka bulan Ramadhan adalah paling produktif. Saya sendiri merasakan banyak ruang dalam bulan ini boleh dimanfaatkan bagi menulis. Selepas Tarawikh, selepas bersahur, selepas sunat dhuha dan sebagainya.
Jadikanlah bulan ini bulan yang penuh barakah dan paling produktif buat penulisan Anda

Read more...

APA SELEPAS LUUK SAPI?

>> Thursday 23 July 2009


Apa pun kita terus boleh merancang, mencipta atau apa sahaja yang mampu kita lakukan. Dunia ini adalah kanvas BAHASA. Kita bebas melakar mengikut kehendak kita bersama. Sebutlah apa sahaja, ia pasti akan berlaku. Siapa sangka LUUK SAPI menjadi kenyataan? Kalau kita terus khayal dengan angan- angan mungkin hari ini tiada apa- apa pun yang dapat kita lihat dan rasa.

LUUK SAPI menjadi sumber inspirasi kita semua. Apa tidaknya; ada duka dan lara, ada suka dan ria dan ada pengalaman dapat ditimbah. Iktibar LUUK SAPI hakikatnya masih terus dirasa hingga ke saat ini. Ada yang menjadi rantingan dahan menjalar dan ada yang menjadi kuntuman mimpi kita semua. Ada pahit yang terpaksa dikumuh jua ada madu yang terus dikenang.
Apa pun yang terpaksa ditempuh, kita mesti teruskan perjalanan panjang kita pada masa akan datang. BAHASA perlu pembelaan. BAHASA perlu kasih sayang. Kita belajar dari 'orang-orang kaya' Luuk Sapi bahawa muafakat yang ketat mampu mengungkai duka. Gandingkan tangan bersama dan serulah kembali semangat sapi itu untuk kita terus mempertahankan daulat sebuah perjuangan yang indah...

Read more...

WARKAH TERBUKA BUAT SAHABAT

>> Tuesday 30 June 2009

BAHASA dalam usahanya membantu Palestin menerusi kutipan derma bersama DBP Sabah. Kelihatan Pengarah DBP Sabah memerhati penderma sambil dibantu oleh Pengerusi BAHASA Sandakan.

Badan Bahasa dan Sastera (BAHASA), Cawangan Sandakan merupakan cawangan BAHASA Sabah yang aktif dan konsisten. Sejak awal penubuhannya BAHASA Sandakan sudah memiliki sifat dan semangat kental dan mengetahui duri dan onak yang bakal dilalui. Kesatuan dan kesungguhan penggerak BAHASA Sandakan ini turut dibanggai dan mendapat perhatian khusus dari Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Sabah. Ini jelas ketika kunjungan khas beliau ke Sandakan suatu masa dahulu, bertemu dan berdialog dengan para penulis di Sandakan. Bahkan beliaulah yang melancarkan blog BAHASA Sandakan pada ketika itu. Karnival Pameran Buku DBP di Sandakan baru- baru ini antara sebab diadakan adalah untuk memberi penghormatan kepada para penulis di Sandakan dan masyarakat Sandakan amnya melalui BAHASA Sandakan.

Yang Dipertua BAHASA Sabah, saban waktu memberi rangsangan dan nasihat berguna dalam semua aktiviti BAHASA di Sandakan. Beliau turut berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh BAHASA Sandakan dalam usaha merealisasikan matlamat BAHASA itu sendiri. Malah beliau meletakkan harapan penuh, agar BAHASA Sandakan ini menjadi satu contoh terbaik kepada cawangan BAHASA lain di seluruh Sabah.

Ikatan Penulis Muda Sandakan (IPMS) turut digembeling bersama dalam BAHASA Sandakan. IPMS di bawah bimbingan Al Fazli Md Salleh ini telah menjadi tunggak yang kuat dalam BAHASA Sandakan. Demikian juga dengan kehadiran orang 'lama' dalam BAHASA yang aktif dalam bidang penulisan dan lakonan seperti saudara Bob Sarman, Hashim, Tn Hj Jamain dan lain- lain. Gabungan tenaga ini menjadi aroma yang betul- betul 'kaw'.

BAHASA dalam pelancaran buku BAHTERA KE SELATAN terbitan BAHASA Sabah dan penulis dari Johor.

Sahabatku yang dikasihi,
Perjuangan ini belum selesai. Perjuangan ini milik kita bersama. Bahtera BAHASA masih dan akan terus menyelusuri arus dan ranjau. Hasil kerja yang kita lakukan hari ini memang 'tidak terasa' nikmat kelazatannya. Ia akan dirasakan nikmatnya oleh generasi mendatang dan pada masa itu kita sudah tua atau sudah tiada lagi.
BAHASA ini perlu sentiasa mendapat penyegar (refresh). Ia ibarat komputer yang perlu 'disk defragmenter' selalu. Antara aktiviti yang boleh diselusuri ialah percambahan minda antara ahli, rekreasi, motivasi dan apresiasi ahli. Dalam apa juga hal dan keadaan BAHASA perlu di hadapan dan diberi keutamaan. Selain daripada itu kritikan dan cemuhan luar dan dalam perlu ditangani dengan bijak dan berhati- hati. Pengunjung 'cbox' kita seperti Jambul dan Mapty kita andaikan mereka ini sebagai pencabar dan tidak akan memecah belahkan kesatuan kita. Namun ia lebih indah jika dapat dihubungi dengan rapi agar mesej BAHASA dapat difahaminya.

Semangat persaudaraan seperti Datu Nakura dan Utu' mesti diserapkan dalam BAHASA
Apakah yang akan terjadi pada BAHASA sepuluh tahun akan datang? Ianya bergantung kepada siapa yang ada di dalam BAHASA itu sendiri. Kepimpinan yang sedia ada ini perlu diberi sokongan dan kerjasama penuh dari semua yang terlibat. Usaha Pengerusi BAHASA Sandakan selama ini telah berjaya membawa BAHASA ke peringkat negeri dengan pencapaian yang cemerlang. Ini terbukti dengan pementasan sulung teater BAHASA baru- baru ini di Sandakan telah meraih ramai pengunjung dan peminat teater hadir menyaksikan LUUK SAPI. Kebangga ini turut dikongsi bersama oleh DBP Sabah. Ini jelas apabila sekali lagi BAHASA Sandakan dijemput untuk membuat pementasan di Kota Kinabalu pada 4 Julai ini. Syabas!
Akhir sekali, marilah kita bersama- sama memberikan komitmen yang tinggi untuk BAHASA. Sesungguhnya KARYA KITA, WAJAH KITA!

Read more...

IKTIBAR DARI LUUK

>> Friday 12 June 2009


Ramai yang bertanya kepada saya, kenapa BAHASA pentaskan kisah mitos LUUK SAPI" dan kenapa tidak mengetengahkan kisah realiti masyarakat hari ini? Saya jawab selamba, kerana ada buaya dan sapi'. Saya ditanya balik apa yang menarik dengan buaya dan sapi'? Tanpa memberi ruang untuk dia bertanya lagi saya menjawab sinis, kerana ramai buaya dah naik ke darat dan sapi' sudah diketepikan; sapi punya susu, lembu dapat nama!
BAHASA bukan sekadar menulis di kertas lebih dari itu aktiviti BAHASA sampai ke pentas. Tulisan dan pentas tidak boleh dipisahkan. Pentas merupakan pewajahan karya penulis. Dan LUUK SAPI adalah salah satu usaha ribuan penulis yang mahu mementaskan karya untuk masyarakat. Tidak sekadar itu, LUUK SAPI membawa mesej yang 'dahsyat' untuk masyarakat hari ini. Mitos atau tidak sudah tidak menjadi pesoalannya, kerana apa yang penting di situ ialah bagaimana LUUK SAPI itu membawa nilai tambah untuk masyarakat dengan tujuan menyedarkan pemimpin dan lapisan masyarakat lain tentang soal moral, agama dan semangat kemasyarakatan yang kian dilupakan. Kenapa cerita- cerita binatang hari ini yang penuh dengan mitos dan fantasinya masih mendapat tempat di hati masyarakat, kerana ada unsur nilainya yang hendak disampaikan kepada pembacanya. Berbeza dengan LUUK SAPI, unsur nilainya wujud dalam semua lapisan sudut. Dari tajuknya hinggalah kepada pementasannya yang meliputi set pentasnya, budayanya, masyarakatnya yang terlibat hingga pada pemakaiannya turut dititik beratkan.
Kembali kepada pertanyaan rakan saya itu tadi. Watak manusia hari ini banyak didominan oleh cara dan gaya pemikirannya. Lebih menyedihkan ialah pemikiran yang membelenggunya hanya mencakup pada ruang lingkup hidup dan dogmanya yang bercelaru. Ternyata, pemikiran seperti ini menjejaskan permuafakatan individu tertentu dengan menghadkan sosialnya dan lebih memandang negatif pada persekitarannya. Situasi ini terus menjalar dalam arena politik negara kita hari ini. Ini jelas dalam kenyataan bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk Aziz Deraman mengatakan, orang Melayu sedang berhadapan dengan perpecahan dan pelbagai masalah berikutan perkembangan politik dalam negara yang 'kacau bilau'.
Sebahagian sifat dan sikap masyarakat kita hari ini dipaparkan dalam LUUK SAPI. Sikap buaya yang ganas dan berbahaya sinonim dengan sifat sebahagian manusia hari ini yang tidak pernah mengenal mangsanya. Contohnya, lagi satu laporan akhbar tempatan melaporkan dua lelaki diberkas polis kerana menampal pelekat khidmat seks. Yang sedihnya lagi, kedua-duanya ditahan dalam tandas ketika sedang menampal. Di Kota Kinabalu pula seorang lelaki tempatan didenda RM3.500 kerana memiliki 0.02 gram syabu. Ini adalah sebahagian contoh sifat manusia yang menyerupai buaya atau dengan istilahnya yang cukup terkenal BUAYA DARAT. Rentetan daripada itu, MUNGKIN Datuk Haji Syed Ali, ADUN Balung melihat 'kepincangan' ini, menasihati pemimpimpin khususnya di peringkat kampung dan desa agar mengubah sikap dan cara berfikir bagi membolehkan program kemajuan kampung berjaya khususnya dalam mencorak masyarakat yang baik.
Bagaiamana dengan sapi'?.... ikuti IKTIBAR DARI LUUK akan datang.

Read more...

LUUK SAPI BERI CABARAN

>> Saturday 6 June 2009


Luuk Sapi merupakan kisah mitos masyarakat Suluk dan Bajau tentang kewujudan Batu Sapi di Sandakan. Perkelahian di antara seekor Sapi mempertahankan Luuk dari sang buaya yang mahu mengganggu penduduk Luuk tercetus apabila Datu Nakura murka dengan si Utu' yang membiarkan sapi-sapinya berkeliaran di kampung. Serangan buaya dianggap satu musibah dahsyat oleh penduduk kampung. Musibah ini berakhir dengan kejadian aneh seekor Sapi mempertahankan kampung berkenaan dari serangan seekor buaya yang ganas. Dengan kehendak Allah SWT, kedua- duanya bertukar menjadi batu. Kejadian ini telah memberi pengajaran yang besar kepada Datu Nakura dan penduduk kampung agar sentiasa berpegang pada janji, hormat menghormati, dan berlaku adil jika menjadi pemimpin.
Sesungguhnya kisah ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Ia tidak sahaja menampilkan adat dan budaya kedua- dua kaum ini, lebih dari itu kisah ini mengangkat nama kawasan Batu Sapi di atas pentas teater. Bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam pembikinan teater LUUK SAPI tentunya berhadapan dengan cabaran, rintangan dan kritikan. Tidak kurang juga ada yang merendah- rendahkan usaha ini. Lebih 'panasnya' lagi, apabila ada juga yang mahu membikin teater selepas melihat dan membaca rencana mengenai Luuk Sapi di dada akhbar.
Saya tabik dengan pegarah dan produksi yang lain, dalam penat dan letih pun mereka terus berusaha menjayakan pementasan tanpa menghirau 'pengacau- pengacau' di luar. BAHASA Sandakan merupakan lagenda Sapi yang gagah manakala 'pengacau' adalah bayang- bayang ketakutan sang buaya.
Syabas dan tahniah untuk BAHASA Sandakan! Hadapi cabaran, capai kejayaan!

Read more...

PERSEMBAHAN PENTAS LUUK SAPI

>> Sunday 31 May 2009


PERSAUDARAAN MENGATASI SEGALANYA.........

Read more...

SYABAS BAHASA SANDAKAN

>> Friday 24 April 2009


TERIMA KASIH DAN TAHNIAH UNTUK SEMUA!

Read more...

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) KAMPUS TAWAU

Institut Pendidikan Guru (IPGM) Kampus Tawau

Rancangan pembinaan Maktab Perguruan di Tawau sememangnya sudah lama dirancang. Pengumuman rasmi dibuat pada 15 Mei 1992, oleh Timbalan Menteri Pendidikan negeri Sabah iaitu Datuk Leo Micheal Toyad. Pembinaan institut ini telah dimulakan pada 2 Julai 2001 oleh Consortium ASSB-BESB JV Sdn. Bhd. dengan menelan belanja sebanyak RM 87 juta. Pembinaannya siap pada November 2004. Pada 27 Disember 2004, seramai 170 orang guru pelatih KDPM dan PISMP dari Maktab Perguruan Sandakan (MPS) telah dipindahkan ke Maktab Perguruan Tawau. Berikutan itu MPS ditutup.
Penutupan MPS dibuat atas sebab perancangan jangka panjang Kementerian Pendidikan untuk menyediaan latihan perguruan yang berkualiti untuk bakal guru dan juga guru-guru dalam perkhidmatan. Kelengkapan latihan yang terkini serta infrastruktur yang mencukupi setaraf dengan kemudahan yang terdapat di IPT lain adalah perlu untuk menjamin kualiti latihan dan seterusnya kualiti guru yang dikeluarkan. MPS juga mempunyai keluasan tanah yang terhad dan tidak memungkinkan projek-projek naik taraf prasarana pembelajaran dapat dilaksanakan.
Sempena penaiktarafan maktab perguruan di seluruh Malaysia pada 6 Mei 2006 nama Maktab Perguruan Tawau telah digantikan dengan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tawau, Sabah. Manakala Maktab Perguruan Sandakan redha untuk menghembus nafasnya yang terakhir.

Read more...

DEBARAN MALAM MADAH GURINDAM

>> Saturday 4 April 2009

latihan vokal

Beberapa ahli BAHASA (S) giat dan rancak berlatih untuk persembahan Malam Madah Gurindam pada 18 April 2009. Bacaan puisi berangkai diadaptasi dari buku antologi puisi LUBANG terbitan BAHASA (S) sendiri. Malam itu turut diselangi lagu-lagu puisi, dratari Pak Rebu (Jawa) dan lain- lain lagi.



Read more...

LAGU PUISI BAKAL HIASI MADAH GURINDAM

>> Friday 3 April 2009

Untaian puisi dalam lagu kan bergema di hening malam. Alunan rindu pujangga BAHASA. Petikan gitar gemersik percik bait rindu di malam hari.

Read more...

BILA CINTA MENYATU

>> Monday 16 March 2009

Sabtu, 21 Mac 2009- Cinta tidak akan menyatu tanpa wujudnya kasih antara dua insan yang bercinta. Penyatuan ini akan dapat dikecapi dengan bahagianya bila sampai ke jinjang pelamin. Menyorot kembali majlis perkahwinan anak buah kepada Tuan Haji Jamain baru- baru ini; telah menggeletik mindaku untuk menyorot rahmat disebalik penyatuan itu. Rahmat ini akan saya lontarkan dalam perspektif satu komuniti satu hati. Sebagaimana yang kita maklum, BAHASA adalah satu komuniti yang berkembang besar dalam arena dunia penulisan, demikian juga menerusi sesawang web masa kini. BAHASA tidak akan bergerak jauh tanpa ada sumber, tenaga dan komitmen dari ahli yang menjadi pendokongnya.
Kejayaan BAHASA hari ini adalah percaturan bijak ahlinya dalam pelbagai 'versi' sehingga mewajahkan BAHASA itu sebagai satu medan dan lapangan untuk mencari ruang dan peluang mengembangkan bahasa, minat dan bakat bagi pencinta bahasa. Realitinya ini tidak boleh disangkal apabila BAHASA (S) berjaya mendapat tempat di hati masyarakat, badan- badan berkanun dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) khususnya memberi keyakinan penuh kepada BAHASA (S) untuk terus memperjuangkan martabat bahasa itu sendiri. Inilah yang saya maksudkan bila cinta menyatu segalanya akan dapat dicapai dengan mudah tanpa hambatan dan belenggu. Sememangnya hati- hati penggerak BAHASA sudah lama menyatu, kalau tidak takkan BAHASA hari ini berada di puncaknya. Malah cinta yang lama berbunga ini kerap mendapat 'baja organik' dari BAHASA Negeri dan DBP Cawangan Sabah. Ini menjadikan BAHASA (S) adalah yang terbaik dan berpotensi untuk menjadi 'lubuk' BAHASA di Sabah khasnya.
Syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang terus bersatu dalam satu cinta memperjuangkan seni, budaya dan bahasa ke peringkat lebih tinggi. Sesungguhnya BAHASA KITA, JIWA KITA.

Read more...

MANTAN PERDANA MENTERI SEDIH

>> Sunday 15 March 2009


Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang ........ baca seterusnya

Read more...

DUA HELAI DAUN DAN SEBUAH LUNGUN

>> Monday 9 March 2009

Melihat kepada takdir dan ketetapan ciptaan Allah, kita memikirkan bahwa apa-apa sekalipun yang dicipta-Nya mempunyai falsafah yang dalam untuk diteroka menjadi ilmu seterusnya diterjemah dalam kehidupan harian kita. Dari dua helai daun hinggalah ke beberapa helaian daun lain mempunyai iktibar yang harus diambil untuk panduan khususnya kepada para penulis.

Apakah disebalik dua helai daun? Apa pula kaitannya dengan BAHASA? Daun adalah lambang kemesraan, kesantunan, perpaduan dan kesungguhan. Sungguhpun dikatakan bahawa daun ini tidak bertemu tetapi tanpanya pokok tidak sempurna pada sifatnya. Penulis ibarat daun pada pokok. Iktibar dari daun ini kita jadikan ia sebagai saluran permuafakatan dan pembangunan minda rakyat Sabah.

Dialog dan pertemuan Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Badan Bahasa Dan Sastera (BAHASA) Sabah baru-baru ini merupakan lagi satu contoh terhadap iktibar daun tersebut. PPJ dan BAHASA dipisah oleh Laut Cina Selatan dan laut ini tidak pernah menghalang pertemuan kedua-duanya. Hasilnya buku Antologi Puisi BAHTERA KE SELATAN berjaya dihasilkan.

Perjuangan BAHASA masih jauh dan tidak akan selesai. Selesai dengan satu perkara akan melaksanakan lagi satu perkara dari perkara sebelumnya atau perkara baru. Inilah konsep sehelai daun. Gugur sehelai akan tumbuh yang baru. BAHASA perlu memainkan peranan dalam semua bidang lapangan yang ada termasuk bidang masakan dan pertanian.

Demikian juga dalam teater LUNGUN, ia memliki kekuatan falsafahnya yang tersendiri. Kalau kita kaitkan lungun tu dengan perjuangan kita dalam BAHASA banyak faedahnya. Ia juga banyak menyentuh hal-hal keperibadian sebagai penulis, kreadibiliti, komitmen, pengaruh, kepimpinan dan intigriti kita sebgai anak juang pena. Agaknya peribahasa katak di bawah tempurung akan senonim dengan otak di dalam lungun. ’Otak di dalam lungun’ menggambarkan pemikiran seseorang yang jumud, sempit dan ’suka merajuk’ sehinggakan dia dibenci dan tidak disayangi dalam mana- mana komuniti dan organisasi. Akhirnya masyarakat sekelilingnya sanggup melakukan apa sahaja termasuk memerangkapnya ke dalam lungun.

Kesimpulannya, saya melihat satu agenda yang mantap perlu menyusur selepas ini untuk ditatang hingga ke anak cucu. Dari BAHASA ini kita harus lebih komited. Mungkin hasil itu tidak kita capai dalam masa terdekat ini, tetapi generasi mendatang akan menikmatinya. Sesungguhnya persidangan baru-baru ini akan membawa kita lebih jauh lagi. Bahtera pun sudah sedia untuk dikemudi, bukan sahaja ke Selatan tetapi jauh lebih dari itu. Selamat belayar....!

Read more...

DUA TOKOH TERSOHOR DISERANG

>> Saturday 7 March 2009


Dua tokoh penulis Dr Lim Swee Tin dan SM Zakir diserang hendap oleh ahli BAHASA Sandakan di ruang legar rehat dewan persidangan. Gara-gara mahu 'menggali' ilmu pengetahuan disamping berkenalan dengan lebih rapat oleh BAHASA (S), kedua-dua tokoh berkenaan akur untuk mengisi ruang CELOTEH BAHASA dalam blog BAHASA (rujuk Celoteh BAHASA di 'chatbox'). Kedua-dua tokoh berkenaan bangga dengan komitmen dan semangat BAHASA Sandakan untuk hadir ke persidangan ini. Difahamkan seramai 19 ahli BAHASA Sandakan menghadiri persidangan ini dan merupakan ahli teramai dari badan-badan penulis di Sabah.

Read more...

TINTA MANIS DI PERSIDANGAN

>> Friday 6 March 2009



Jumaat, 6 Mac 2009
RUANG MAKAN KECOH DENGAN GELAGAT BAHASA
Seramai 19 orang ahli BAHASA Sandakan, gembira dan bersemangat menghadiri Persidangan Persuratan Dan Kebudayaan Kebangsaan (PPKP). Ini dapat dilihat dari gurau senda mereka semasa berada di ruang legar jamuan makan malam. Bertemu dengan kenalan lama dalam penulisan merupakan suatu saat yang selalu dinanti-nanti untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita. Banyak cerita baru yang dapat dikongsi bersama, antaranya cerita 'Pada Suatu Hari' yang sering mencuri perhatian umum.
Turut dipersembahakan pada malam itu oleh pihak penganjur ialah lagu-lagu tempatan, bacaan puisi dan tarian tradisional.

Hubngan intim antara ahli BAHASA Sandakan dan Majlis Tertingga BAHASA Pusat cukup menggamit rasa. Kehadiran Cikgu Ramli (Timbalan YDP BAHASA) menambahkan suasana riang di situ. Kami gembira melihat kadaan cikgu Ramli yang kelihatan sihat dan bertenaga.

BAHASA Sandakan tidak pernah meninggalkan tiap ruang untuk merakam gambar kenangan.

Read more...

PERSIDANGAN PERSURATAN DAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 2009

>> Tuesday 3 March 2009

PERSURATAN kebangsaan termasuklah kesusasteraan kebangsaan, dan tulisan atau penerbitan yang menggunakan bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan.
Kehadiran BAHASA Sandakan ke persidangan tersebut sudah lama dimaklumi dan dirancang oleh ahli BAHASA ini. Pengalaman, pengetahuan yang bakal dikaut pastinya akan memberi lagi imbalan yang besar dalam usaha BAHASA Sandakan meneroka bidang ilmu penulisan di Sabah khasnya. Usaha ini harus digembeling bersama agar impaknya lebih berkesan dan dapat dirasai bersama.
Peluang dan ruang yang luas seperti ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Niat dan peradaban meletakkan ruang yang luas untuk kita mempelajarinya. Hanya sekiranya kita mengambil remeh, maka ia akan memberi pulangan yang negatif serta sia-sia. Justeru kehadiran kita kali ini akan menerbus jauh untuk menyatakan impian kita bersama dalam BAHASA di Sabah. BAHASA Sandakan yang 'sangat gila' pada ilmu penulisan akan berbuat apa sahaja usaha untuk berjaya. Semangat ini akan membawa BAHASA Sandakan ke puncak jaya suatu hari nanti.
Sekitar 16 ahli BAHASA Sandakan akan 'menggegarkan' Kota Kinabalu dengan aura semangat ahlinya. BAHASA Sandakan bersyukur persidangan seumpama ini dapat dilaksanakan di negeri Bawah Bayu. Semoga persidangan ini akan dapat mengangkat persuratan dan kebudayaan kebangsaan sepanjang masa.

Read more...

BADAN BAHASA DAN SASTERA (BAHASA)

>> Thursday 8 January 2009

Sudah lebih setahun BAHASA Sandakan melakar pelbagai program selaras dengan matlamat penubuhan BAHASA itu sendiri. Paling membanggakan program yang diadakan boleh mencapai sehingga ke peringkat negeri. Mari kita imbau beberapa program yang berjaya dilaksanakan. Antaranya:

  1. Minggu Penulis Remaja 2008
  2. Penerbitan Antologi Puisi Santai : LUBANG
  3. Muzakarah bersama penulis-penulis lama dan baru
  4. Baca puisi LUKA GAZA (Kota Kinabalu) bersama BAHASA Pusat
  5. Penyumbang puisi terbanyak dalam buku Antologi Puisi Luka GAZA
  6. Baca puisi GAZA (Sandakan) bersama DBP Cawangan Sabah
  7. Majlis Silturrahim bersama Majlis Tertinggi BAHASA Pusat
  8. Majlis Silaturrahim bersama Penulis Muda Kota Kinabalu
  9. Ceramah Motivasi bersama para pelajar SMK Sandakan
  10. Bengkel Penulisan Esei
  11. Bengkel Penulisan Kreatif
  12. Menghadiri Sidang Dialog Borneo di Labuan

Ada banyak lagi program BAHASA Sandakan yang dijangka akan menyusul untuk memenuhi ruang- ruang kosong program penulisan di Sandakan dan Sabah amnya.

Sepanjang pengetahuan saya, ahli BAHASA Sandakan tidak pernah mengeluh apabila diberi mandat untuk melaksanakan sesuatu aktiviti, sama ada program yang dirancang sendiri atau dari BAHASA Pusat dan DBP Cawangan Sabah. Fokus utama BAHASA Sandakan adalah untuk menimbah pengetahuan dan pengalaman dalam semua pengurusan dan yang penting ialah mencari ruang untuk dapat berdiri dengan gagah seterusnya menjadi aset utama dan 'lubuk' penulisan di Sabah.

Katalah apa sahaja kepada BAHASA Sandakan, kami tetap teguh berdiri melaksanakan tugas dan tanggungjawab kami sebagai penulis untuk sama- sama mencorak bahasa dan budaya Malaysia hingga ke titisan darah dan dakwat kami yang terakhir.

Read more...

PELANCARAN BLOG

Terima kasih atas pelancaran blog BAHASA Sandakan
(daripada warga BAHASA Sandakan)

Read more...

PPSMI dan sistem nilai masyarakat

Oleh S.M. Zakir pada 2008/9/24 13:08:43 (214 baca)
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan ekspot secara besar-besaran. Dua komoditi utama yang dikeluarkan di Tanah Melayu ialah bijih timah dan getah. Lalu bermulalah apa yang disebut sebagai ‘capitalist mode of production’. Kesan daripada ekonomi kapitalis ini telah melahirkan struktur sosial yang baru di Tanah Melayu iaitu garis pemisahan masyarakat yang berasaskan bangsa Melayu peribumi, dan buruh imigran (imigrant labourers) yang terdiri daripada kaum Cina dan India. British ternyata mengeksploitasi semaksimumnya struktur sosial ini demi kepentingan ekonomi kapitalis mereka.
Bagaimanapun buruh imigran diserapkan secara langsung untuk menjadi ‘alat pengeluaran’ ekonomi moden dan ini menjadikan mereka terutamanya kaum Cina menjadi bahagian daripada struktur ekonomi moden tersebut.Sementara bangsa Melayu peribumi diasingkan untuk berada di luar ekonomi moden bagi mengekalkan kedudukan mereka dalam ekonomi sara diri (subsistence economy), dengan dua sebab. Pertama, mengekalkan kedudukan orang Melayu dalam lingkaran kemunduran demi kepentingan politik British. Dengan itu, penguasaan kolonial terjamin daripada menerima penentangan daripada orang Melayu yang lumpuh dari segi mental dan serba kekurangan dari segi fizikal. Dan kedua, meletakkan kedudukan orang Melayu sebagai alat logistik itu alat pengeluaran makanan kepada keperluan tenaga untuk pergerakan ekonomi moden melalui kerja-kerja tradisi orang Melayu sebagai penanam padi serta petani dan nelayan.
Penguasaan terhadap orang Melayu oleh kolonial British ini dibantu oleh golongan feudal dan pembesar Melayu (Malay ruling class) yang membina hubungan erat dengan British dan memperolehi laba serta kepentingan mereka dengan mengeksploitasi kedudukan mereka dalam struktur tradisi masyarakat Melayu itu. Dalam kata lain, struktur tradisi politik Melayu dimanipulasikan oleh British dengan memanfaatkan golongan pembesar Melayu bagi menjalankan polisi pentadbiran British.
Pecah perintah yang dilakukan oleh kolonial British ini adalah untuk apa yang dikatakan sebagai, “set about the gradual and systematic exploitation of the country’s resources for the benefit of foreign interest”.Menurut antropologis-ekonomi ketika ini, kurangnya penyertaan orang Melayu dalam struktur ekonomi moden waktu itu bukanlah disebabkan oleh mitos Melayu yang ditanam oleh kolonial British iaitu sifat tidak acuh dan malas (indifferent and laziness) orang Melayu; tetapi sebenarnya ialah kerana ciri dan sifat masyarakat Melayu, yakni sistem nilai dalam masyarakat Melayu yang tidak meletakkan keutamaan kepada kepentingan individu melangkaui kepentingan kolektif dan tidak menggalakkan pengejaran matlamat kekayaan yang melampau secara individu.
Sebaliknya sistem nilai masyarakat Melayu yang dibentuk oleh hubungan persaudaraan (close-knit society) lebih mementingkan pembentukan masyarakat yang berdasarkan kepentingan kolektif dan pegangan agama dalam mewujudkan nilai-nilai baik seperti menjauhi sifat tamak, mementingkan diri, sombong, mencintai keduniaan dan sebagainya.Sistem nilai yang utuh sejak ratusan tahun berakar dalam masyarakat Melayu menjadikan mereka sebagai satu bangsa yang kuat memahami keberadaan mereka dalam konteks daya ilmu yang dibina dalam persekitaran budaya mereka; contohnya pemahaman terhadap ilmu atau pandangan hidup melalui simbol-simbol yang wujud dalam bahasa mereka yakni bahasa Melayu. Sistem nilai yang wujud dalam sistem ekonomi moden adalah amat bercanggah dengan sistem nilai masyarakat Melayu. Apatah lagi ia membawa sifat budaya Eropah dan sifat budaya daripada entiti ekonomi masyarakat Cina dan lain-lain; yang ternyata sesuatu yang asing bagi orang Melayu.Dari segi kebolehan dan keupayaan tidak dapat dinafikan bahawa orang Melayulah orang yang pertama menerokai lombong-lombong bijih yang menjadi entiti penting dalam ekonomi moden yang diperkenalkan British di Tanah Melayu.
Namun kegiatan ekonomi komoditi ini dilakukan hanya separuh masa dan hanya dilakukan dalam skala yang kecil. Ini memandangkan wujudnya sistem nilai seperti hubungan spritual orang Melayu dengan tanah, alam dan sifat kemanusiaan yang membuatkan keutamaan mereka lebih diberikan kepada aktiviti berasaskan pertanian. Sistem nilai yang bercanggah dengan gejala-gejala kapitalis dalam sistem ekonomi, ditambah pula dengan kegiatan melanggar pegangan agama Islam mereka seperti perjudian, menghisap candu, amalan riba, dan kegiatan-kegiatan ‘dosa’ yang lain membuatkan masyarakat Melayu meletakkan sempadan antara mereka dan dunia ekonomi moden.
Apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa penghantar kepada mata pelajaran sains dan matematik, kesan keburukannya adalah lebih kepada masyarakat Melayu. Pertamanya, bahasa Inggeris bukan sahaja sekadar membawa logika simbolisme Barat tetapi juga sistem nilai dari Barat yang dimanifestasi secara tidak langsung sebagai suatu bentuk perwakilan kepada ‘superioriti Barat’. Kedua, sistem nilai masyarakat Melayu yang keseluruhannya dibentuk daripada sifat budaya mereka khususnya lambang-lambang seni dalam bahasa Melayu bertentangan dan bercanggah sistem nilai yang wujud daripada lambang-lambang yang digunakan dalam bahasa Inggeris. Ini membuatkan masyarakat Melayu menerima isyarat yang salah dan seterusnya pemahaman yang tidak tepat terhadap makna-makna yang terkandung dalam bahasa Inggeris.Perkara pertama membawa kepada lunturnya keyakinan anak-anak Melayu terhadap keperibadian mereka sendiri lantaran wujudnya kesan secara psikologi jangka panjang yang menanam keyakinan terhadap superioriti Barat. Ini akan mewujudkan suatu bentuk kekaburan yang akhirnya menghilangkan keaslian daya fikir bangsa Melayu, sebaliknya menjadikan mereka sebagai pembonceng dan hanya pengguna kepada pemikiran orang lain. Perkara kedua membawa kepada kegagalan untuk memahami konsep, makna dan inti ilmu lantaran lambang-lambang yang ada dalam sistem nilai yang dibawa oleh bahasa Inggeris bertentangan atau tidak wujud dalam sistem nilai yang dibawa dalam budaya Melayu.
Maka konsep dan makna tersebut akan difahami dari sisi penerimaan hafalan dan bukan penerimaan fahaman.Perkara ini akan membentuk pengajaran ilmu yang lebih bersifat vokasional iaitu keupayaan untuk hanya menggunakan ilmu bagi keperluan teknikal dan pemasangan kepada yang sedia ada; dan bukan keupayaan untuk menggunakan ilmu bagi keperluan yang lebih tinggi seperti penciptaan sains baru melalui daya cipta kreatif dan penerokaan kepada penemuan-penemuan baru melalui penguasaan filosofikal serta mekanikal ilmu tersebut.Dalam pada itu bahasa Inggeris adalah bahasa sistem ekonomi moden. Maka timbul kepercayaan bahawa dengan penguasaan bahasa Inggeris maka sesebuah bangsa atau masyarakat akan lebih menguasai penglibatan mereka dalam dunia ekonomi moden. Hal ini memang tidak dinafikan, tetapi apabila dilihat kepada demografi masyarakat di Malaysia ini ternyata orang Melayu sepertimana apa yang berlaku pada awal kemunculan ekonomi moden di Tanah Melayu, rata-ratanya hidup di luar bandar adalah masyarakat yang berada di pinggir (peripheral) dunia ekonomi moden ini. Sedangkan kaum lain merupakan masyarakat yang berada dalam pusat (center) ekonomi moden. Ini tentunya menjadikan penguasaan bahasa Inggeris dalam dunia ilmu akan mengambil masa yang panjang untuk dikuasai oleh orang Melayu, berbeza dengan kaum lain yang sememang telah menguasainya sebagai bahasa pusat ekonomi moden di mana mereka berada.
Akibatnya anak-anak Melayu akan lebih ramai yang ketinggalan berbanding kaum lain. Ini akan mewujudkan jurang ekonomi yang besar antara kaum pada akhirnya. Keadaan ini lebih bahaya lagi akan mewujudkan polarisasi kaum yang boleh membawa kepada kemungkinan-kemungkinan ketidakstabilan masyarakat.Pertimbangan terhadap perkara-perkara yang ditimbulkan ini haruslah diberi perhatian yang serius oleh pembuat dasar khususnya Menteri Pelajaran dan Kementerian Pelajaran; kerana di tangan merekalah terletak kejayaan dan kegagalan pembentukan bangsa yang utuh dan maju dalam acuan mereka sendiri pada masa hadapan.

Read more...

ISU/SEMASA

...

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP