IKTIBAR DARI LUUK

>> Friday 12 June 2009


Ramai yang bertanya kepada saya, kenapa BAHASA pentaskan kisah mitos LUUK SAPI" dan kenapa tidak mengetengahkan kisah realiti masyarakat hari ini? Saya jawab selamba, kerana ada buaya dan sapi'. Saya ditanya balik apa yang menarik dengan buaya dan sapi'? Tanpa memberi ruang untuk dia bertanya lagi saya menjawab sinis, kerana ramai buaya dah naik ke darat dan sapi' sudah diketepikan; sapi punya susu, lembu dapat nama!
BAHASA bukan sekadar menulis di kertas lebih dari itu aktiviti BAHASA sampai ke pentas. Tulisan dan pentas tidak boleh dipisahkan. Pentas merupakan pewajahan karya penulis. Dan LUUK SAPI adalah salah satu usaha ribuan penulis yang mahu mementaskan karya untuk masyarakat. Tidak sekadar itu, LUUK SAPI membawa mesej yang 'dahsyat' untuk masyarakat hari ini. Mitos atau tidak sudah tidak menjadi pesoalannya, kerana apa yang penting di situ ialah bagaimana LUUK SAPI itu membawa nilai tambah untuk masyarakat dengan tujuan menyedarkan pemimpin dan lapisan masyarakat lain tentang soal moral, agama dan semangat kemasyarakatan yang kian dilupakan. Kenapa cerita- cerita binatang hari ini yang penuh dengan mitos dan fantasinya masih mendapat tempat di hati masyarakat, kerana ada unsur nilainya yang hendak disampaikan kepada pembacanya. Berbeza dengan LUUK SAPI, unsur nilainya wujud dalam semua lapisan sudut. Dari tajuknya hinggalah kepada pementasannya yang meliputi set pentasnya, budayanya, masyarakatnya yang terlibat hingga pada pemakaiannya turut dititik beratkan.
Kembali kepada pertanyaan rakan saya itu tadi. Watak manusia hari ini banyak didominan oleh cara dan gaya pemikirannya. Lebih menyedihkan ialah pemikiran yang membelenggunya hanya mencakup pada ruang lingkup hidup dan dogmanya yang bercelaru. Ternyata, pemikiran seperti ini menjejaskan permuafakatan individu tertentu dengan menghadkan sosialnya dan lebih memandang negatif pada persekitarannya. Situasi ini terus menjalar dalam arena politik negara kita hari ini. Ini jelas dalam kenyataan bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk Aziz Deraman mengatakan, orang Melayu sedang berhadapan dengan perpecahan dan pelbagai masalah berikutan perkembangan politik dalam negara yang 'kacau bilau'.
Sebahagian sifat dan sikap masyarakat kita hari ini dipaparkan dalam LUUK SAPI. Sikap buaya yang ganas dan berbahaya sinonim dengan sifat sebahagian manusia hari ini yang tidak pernah mengenal mangsanya. Contohnya, lagi satu laporan akhbar tempatan melaporkan dua lelaki diberkas polis kerana menampal pelekat khidmat seks. Yang sedihnya lagi, kedua-duanya ditahan dalam tandas ketika sedang menampal. Di Kota Kinabalu pula seorang lelaki tempatan didenda RM3.500 kerana memiliki 0.02 gram syabu. Ini adalah sebahagian contoh sifat manusia yang menyerupai buaya atau dengan istilahnya yang cukup terkenal BUAYA DARAT. Rentetan daripada itu, MUNGKIN Datuk Haji Syed Ali, ADUN Balung melihat 'kepincangan' ini, menasihati pemimpimpin khususnya di peringkat kampung dan desa agar mengubah sikap dan cara berfikir bagi membolehkan program kemajuan kampung berjaya khususnya dalam mencorak masyarakat yang baik.
Bagaiamana dengan sapi'?.... ikuti IKTIBAR DARI LUUK akan datang.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP