PENGUMUMAN

>> Saturday 14 November 2009

Laman blog BAHASA Sandakan dalam proses penyelengaraan untuk wajah baharu sempena Aidil Adha dan Tahun Baru 2010.
Pengunjung masih boleh berhubung dengan kami melalui BUAL BICARA.
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA.

Read more...

ADAB BERHARI RAYA

>> Friday 18 September 2009



Pertama: Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana Hari Raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada hamba-hambanya.
Kedua: Menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama sembahyang sunat tasbih hukumnya adalah sunat.
Ketiga: Pada pagi Hari Raya pula, sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidulfitri dan bukannya mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri.
Keempat: Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.
Kelima:Sunat memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid bagi menunaikan sembahyang Sunat Hari Raya. Keenam: Menunaikan sembahyang sunat Hari Raya, bahkan ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.
Ketujuh: Sunat doa mendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain seperti mengucapkan yang maksudnya: Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak. Maksud daripada kalimah tahniah yang berbentuk doa yang diucapkan itu membawa makna semoga diterima puasa dan amal kebajikan yang dibuat di bulan Ramadhan.
Kelapan :“ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari di bulan Syawal adalah itu puasa setahun “ Riwayat Muslim.

Read more...

PEMIMPIN DITELADANI

Pengarah DBP bersama Bung Mokhtar, Ahli Parlimen Kinabatangan
dan diiringi oleh Encik Helmy, Encik Al Fazli (Timb Pengerusi BAHASA Sandakan.
Bersama YB Datuk (K) Samsudin Yahya

Kunjungan Pengarah DBP Cawangan Sandakan Encik Zubaidi Abas ke Sandakan baru- baru ini mengingatkan saya pada satu ungkapan bestari- PEMIMPIN ADALAH KHADAM RAKYAT. Apa tidaknya mereka inilah yang bertanggungjawab mengurus hal ehwal kebajikan rakyat serta membantu dan membimbing masyarakat setempat. Usaha Pengarah DBP mencari ruang dan peluang kepada masyarakat untuk mentelaah ilmu harus mendapat pujian.
Keikhlasan beliau turut mendapat perhatian dari beberapa orang pemimpin negara seperti YB Datuk Samsudin Yahya (ADUN SEKONG) dan YB Bung Mokhtar Raden (AHLI PARLIMEN KINABATANGAN).
Badan Bahasa Dan Sastera, Sandakan cukup berbangga dengan sokongan yang diberi oleh pihak DBP kepada Badan ini sehingga mampu untuk mengadakan pelbagai aktiviti di Sabah khasnya. Usaha untuk mengadakan Bulan Bahasa Dan Sastera di Sandakan dilihat sebagai satu lagi usaha mendaulatkan perjuangan BAHASA ke peringkat yang lebih tinggi.

Read more...

JOM MENULIS DI BULAN RAMADHAN

>> Sunday 23 August 2009

Ramai yang menyangka bulan ini sudah tentu meletihka, maklumlah tak dapat makan dan minum. Sebenarnya sebaliknya. Bulan ini ramai pengarang mengambil peluang menulis dan menyiapkan karya mereka. Pada pandangan mereka bulan Ramadhan adalah paling produktif. Saya sendiri merasakan banyak ruang dalam bulan ini boleh dimanfaatkan bagi menulis. Selepas Tarawikh, selepas bersahur, selepas sunat dhuha dan sebagainya.
Jadikanlah bulan ini bulan yang penuh barakah dan paling produktif buat penulisan Anda

Read more...

APA SELEPAS LUUK SAPI?

>> Thursday 23 July 2009


Apa pun kita terus boleh merancang, mencipta atau apa sahaja yang mampu kita lakukan. Dunia ini adalah kanvas BAHASA. Kita bebas melakar mengikut kehendak kita bersama. Sebutlah apa sahaja, ia pasti akan berlaku. Siapa sangka LUUK SAPI menjadi kenyataan? Kalau kita terus khayal dengan angan- angan mungkin hari ini tiada apa- apa pun yang dapat kita lihat dan rasa.

LUUK SAPI menjadi sumber inspirasi kita semua. Apa tidaknya; ada duka dan lara, ada suka dan ria dan ada pengalaman dapat ditimbah. Iktibar LUUK SAPI hakikatnya masih terus dirasa hingga ke saat ini. Ada yang menjadi rantingan dahan menjalar dan ada yang menjadi kuntuman mimpi kita semua. Ada pahit yang terpaksa dikumuh jua ada madu yang terus dikenang.
Apa pun yang terpaksa ditempuh, kita mesti teruskan perjalanan panjang kita pada masa akan datang. BAHASA perlu pembelaan. BAHASA perlu kasih sayang. Kita belajar dari 'orang-orang kaya' Luuk Sapi bahawa muafakat yang ketat mampu mengungkai duka. Gandingkan tangan bersama dan serulah kembali semangat sapi itu untuk kita terus mempertahankan daulat sebuah perjuangan yang indah...

Read more...

WARKAH TERBUKA BUAT SAHABAT

>> Tuesday 30 June 2009

BAHASA dalam usahanya membantu Palestin menerusi kutipan derma bersama DBP Sabah. Kelihatan Pengarah DBP Sabah memerhati penderma sambil dibantu oleh Pengerusi BAHASA Sandakan.

Badan Bahasa dan Sastera (BAHASA), Cawangan Sandakan merupakan cawangan BAHASA Sabah yang aktif dan konsisten. Sejak awal penubuhannya BAHASA Sandakan sudah memiliki sifat dan semangat kental dan mengetahui duri dan onak yang bakal dilalui. Kesatuan dan kesungguhan penggerak BAHASA Sandakan ini turut dibanggai dan mendapat perhatian khusus dari Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Sabah. Ini jelas ketika kunjungan khas beliau ke Sandakan suatu masa dahulu, bertemu dan berdialog dengan para penulis di Sandakan. Bahkan beliaulah yang melancarkan blog BAHASA Sandakan pada ketika itu. Karnival Pameran Buku DBP di Sandakan baru- baru ini antara sebab diadakan adalah untuk memberi penghormatan kepada para penulis di Sandakan dan masyarakat Sandakan amnya melalui BAHASA Sandakan.

Yang Dipertua BAHASA Sabah, saban waktu memberi rangsangan dan nasihat berguna dalam semua aktiviti BAHASA di Sandakan. Beliau turut berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh BAHASA Sandakan dalam usaha merealisasikan matlamat BAHASA itu sendiri. Malah beliau meletakkan harapan penuh, agar BAHASA Sandakan ini menjadi satu contoh terbaik kepada cawangan BAHASA lain di seluruh Sabah.

Ikatan Penulis Muda Sandakan (IPMS) turut digembeling bersama dalam BAHASA Sandakan. IPMS di bawah bimbingan Al Fazli Md Salleh ini telah menjadi tunggak yang kuat dalam BAHASA Sandakan. Demikian juga dengan kehadiran orang 'lama' dalam BAHASA yang aktif dalam bidang penulisan dan lakonan seperti saudara Bob Sarman, Hashim, Tn Hj Jamain dan lain- lain. Gabungan tenaga ini menjadi aroma yang betul- betul 'kaw'.

BAHASA dalam pelancaran buku BAHTERA KE SELATAN terbitan BAHASA Sabah dan penulis dari Johor.

Sahabatku yang dikasihi,
Perjuangan ini belum selesai. Perjuangan ini milik kita bersama. Bahtera BAHASA masih dan akan terus menyelusuri arus dan ranjau. Hasil kerja yang kita lakukan hari ini memang 'tidak terasa' nikmat kelazatannya. Ia akan dirasakan nikmatnya oleh generasi mendatang dan pada masa itu kita sudah tua atau sudah tiada lagi.
BAHASA ini perlu sentiasa mendapat penyegar (refresh). Ia ibarat komputer yang perlu 'disk defragmenter' selalu. Antara aktiviti yang boleh diselusuri ialah percambahan minda antara ahli, rekreasi, motivasi dan apresiasi ahli. Dalam apa juga hal dan keadaan BAHASA perlu di hadapan dan diberi keutamaan. Selain daripada itu kritikan dan cemuhan luar dan dalam perlu ditangani dengan bijak dan berhati- hati. Pengunjung 'cbox' kita seperti Jambul dan Mapty kita andaikan mereka ini sebagai pencabar dan tidak akan memecah belahkan kesatuan kita. Namun ia lebih indah jika dapat dihubungi dengan rapi agar mesej BAHASA dapat difahaminya.

Semangat persaudaraan seperti Datu Nakura dan Utu' mesti diserapkan dalam BAHASA
Apakah yang akan terjadi pada BAHASA sepuluh tahun akan datang? Ianya bergantung kepada siapa yang ada di dalam BAHASA itu sendiri. Kepimpinan yang sedia ada ini perlu diberi sokongan dan kerjasama penuh dari semua yang terlibat. Usaha Pengerusi BAHASA Sandakan selama ini telah berjaya membawa BAHASA ke peringkat negeri dengan pencapaian yang cemerlang. Ini terbukti dengan pementasan sulung teater BAHASA baru- baru ini di Sandakan telah meraih ramai pengunjung dan peminat teater hadir menyaksikan LUUK SAPI. Kebangga ini turut dikongsi bersama oleh DBP Sabah. Ini jelas apabila sekali lagi BAHASA Sandakan dijemput untuk membuat pementasan di Kota Kinabalu pada 4 Julai ini. Syabas!
Akhir sekali, marilah kita bersama- sama memberikan komitmen yang tinggi untuk BAHASA. Sesungguhnya KARYA KITA, WAJAH KITA!

Read more...

IKTIBAR DARI LUUK

>> Friday 12 June 2009


Ramai yang bertanya kepada saya, kenapa BAHASA pentaskan kisah mitos LUUK SAPI" dan kenapa tidak mengetengahkan kisah realiti masyarakat hari ini? Saya jawab selamba, kerana ada buaya dan sapi'. Saya ditanya balik apa yang menarik dengan buaya dan sapi'? Tanpa memberi ruang untuk dia bertanya lagi saya menjawab sinis, kerana ramai buaya dah naik ke darat dan sapi' sudah diketepikan; sapi punya susu, lembu dapat nama!
BAHASA bukan sekadar menulis di kertas lebih dari itu aktiviti BAHASA sampai ke pentas. Tulisan dan pentas tidak boleh dipisahkan. Pentas merupakan pewajahan karya penulis. Dan LUUK SAPI adalah salah satu usaha ribuan penulis yang mahu mementaskan karya untuk masyarakat. Tidak sekadar itu, LUUK SAPI membawa mesej yang 'dahsyat' untuk masyarakat hari ini. Mitos atau tidak sudah tidak menjadi pesoalannya, kerana apa yang penting di situ ialah bagaimana LUUK SAPI itu membawa nilai tambah untuk masyarakat dengan tujuan menyedarkan pemimpin dan lapisan masyarakat lain tentang soal moral, agama dan semangat kemasyarakatan yang kian dilupakan. Kenapa cerita- cerita binatang hari ini yang penuh dengan mitos dan fantasinya masih mendapat tempat di hati masyarakat, kerana ada unsur nilainya yang hendak disampaikan kepada pembacanya. Berbeza dengan LUUK SAPI, unsur nilainya wujud dalam semua lapisan sudut. Dari tajuknya hinggalah kepada pementasannya yang meliputi set pentasnya, budayanya, masyarakatnya yang terlibat hingga pada pemakaiannya turut dititik beratkan.
Kembali kepada pertanyaan rakan saya itu tadi. Watak manusia hari ini banyak didominan oleh cara dan gaya pemikirannya. Lebih menyedihkan ialah pemikiran yang membelenggunya hanya mencakup pada ruang lingkup hidup dan dogmanya yang bercelaru. Ternyata, pemikiran seperti ini menjejaskan permuafakatan individu tertentu dengan menghadkan sosialnya dan lebih memandang negatif pada persekitarannya. Situasi ini terus menjalar dalam arena politik negara kita hari ini. Ini jelas dalam kenyataan bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk Aziz Deraman mengatakan, orang Melayu sedang berhadapan dengan perpecahan dan pelbagai masalah berikutan perkembangan politik dalam negara yang 'kacau bilau'.
Sebahagian sifat dan sikap masyarakat kita hari ini dipaparkan dalam LUUK SAPI. Sikap buaya yang ganas dan berbahaya sinonim dengan sifat sebahagian manusia hari ini yang tidak pernah mengenal mangsanya. Contohnya, lagi satu laporan akhbar tempatan melaporkan dua lelaki diberkas polis kerana menampal pelekat khidmat seks. Yang sedihnya lagi, kedua-duanya ditahan dalam tandas ketika sedang menampal. Di Kota Kinabalu pula seorang lelaki tempatan didenda RM3.500 kerana memiliki 0.02 gram syabu. Ini adalah sebahagian contoh sifat manusia yang menyerupai buaya atau dengan istilahnya yang cukup terkenal BUAYA DARAT. Rentetan daripada itu, MUNGKIN Datuk Haji Syed Ali, ADUN Balung melihat 'kepincangan' ini, menasihati pemimpimpin khususnya di peringkat kampung dan desa agar mengubah sikap dan cara berfikir bagi membolehkan program kemajuan kampung berjaya khususnya dalam mencorak masyarakat yang baik.
Bagaiamana dengan sapi'?.... ikuti IKTIBAR DARI LUUK akan datang.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP