BILA CINTA MENYATU

>> Monday 16 March 2009

Sabtu, 21 Mac 2009- Cinta tidak akan menyatu tanpa wujudnya kasih antara dua insan yang bercinta. Penyatuan ini akan dapat dikecapi dengan bahagianya bila sampai ke jinjang pelamin. Menyorot kembali majlis perkahwinan anak buah kepada Tuan Haji Jamain baru- baru ini; telah menggeletik mindaku untuk menyorot rahmat disebalik penyatuan itu. Rahmat ini akan saya lontarkan dalam perspektif satu komuniti satu hati. Sebagaimana yang kita maklum, BAHASA adalah satu komuniti yang berkembang besar dalam arena dunia penulisan, demikian juga menerusi sesawang web masa kini. BAHASA tidak akan bergerak jauh tanpa ada sumber, tenaga dan komitmen dari ahli yang menjadi pendokongnya.
Kejayaan BAHASA hari ini adalah percaturan bijak ahlinya dalam pelbagai 'versi' sehingga mewajahkan BAHASA itu sebagai satu medan dan lapangan untuk mencari ruang dan peluang mengembangkan bahasa, minat dan bakat bagi pencinta bahasa. Realitinya ini tidak boleh disangkal apabila BAHASA (S) berjaya mendapat tempat di hati masyarakat, badan- badan berkanun dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) khususnya memberi keyakinan penuh kepada BAHASA (S) untuk terus memperjuangkan martabat bahasa itu sendiri. Inilah yang saya maksudkan bila cinta menyatu segalanya akan dapat dicapai dengan mudah tanpa hambatan dan belenggu. Sememangnya hati- hati penggerak BAHASA sudah lama menyatu, kalau tidak takkan BAHASA hari ini berada di puncaknya. Malah cinta yang lama berbunga ini kerap mendapat 'baja organik' dari BAHASA Negeri dan DBP Cawangan Sabah. Ini menjadikan BAHASA (S) adalah yang terbaik dan berpotensi untuk menjadi 'lubuk' BAHASA di Sabah khasnya.
Syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang terus bersatu dalam satu cinta memperjuangkan seni, budaya dan bahasa ke peringkat lebih tinggi. Sesungguhnya BAHASA KITA, JIWA KITA.

Read more...

MANTAN PERDANA MENTERI SEDIH

>> Sunday 15 March 2009


Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang ........ baca seterusnya

Read more...

DUA HELAI DAUN DAN SEBUAH LUNGUN

>> Monday 9 March 2009

Melihat kepada takdir dan ketetapan ciptaan Allah, kita memikirkan bahwa apa-apa sekalipun yang dicipta-Nya mempunyai falsafah yang dalam untuk diteroka menjadi ilmu seterusnya diterjemah dalam kehidupan harian kita. Dari dua helai daun hinggalah ke beberapa helaian daun lain mempunyai iktibar yang harus diambil untuk panduan khususnya kepada para penulis.

Apakah disebalik dua helai daun? Apa pula kaitannya dengan BAHASA? Daun adalah lambang kemesraan, kesantunan, perpaduan dan kesungguhan. Sungguhpun dikatakan bahawa daun ini tidak bertemu tetapi tanpanya pokok tidak sempurna pada sifatnya. Penulis ibarat daun pada pokok. Iktibar dari daun ini kita jadikan ia sebagai saluran permuafakatan dan pembangunan minda rakyat Sabah.

Dialog dan pertemuan Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Badan Bahasa Dan Sastera (BAHASA) Sabah baru-baru ini merupakan lagi satu contoh terhadap iktibar daun tersebut. PPJ dan BAHASA dipisah oleh Laut Cina Selatan dan laut ini tidak pernah menghalang pertemuan kedua-duanya. Hasilnya buku Antologi Puisi BAHTERA KE SELATAN berjaya dihasilkan.

Perjuangan BAHASA masih jauh dan tidak akan selesai. Selesai dengan satu perkara akan melaksanakan lagi satu perkara dari perkara sebelumnya atau perkara baru. Inilah konsep sehelai daun. Gugur sehelai akan tumbuh yang baru. BAHASA perlu memainkan peranan dalam semua bidang lapangan yang ada termasuk bidang masakan dan pertanian.

Demikian juga dalam teater LUNGUN, ia memliki kekuatan falsafahnya yang tersendiri. Kalau kita kaitkan lungun tu dengan perjuangan kita dalam BAHASA banyak faedahnya. Ia juga banyak menyentuh hal-hal keperibadian sebagai penulis, kreadibiliti, komitmen, pengaruh, kepimpinan dan intigriti kita sebgai anak juang pena. Agaknya peribahasa katak di bawah tempurung akan senonim dengan otak di dalam lungun. ’Otak di dalam lungun’ menggambarkan pemikiran seseorang yang jumud, sempit dan ’suka merajuk’ sehinggakan dia dibenci dan tidak disayangi dalam mana- mana komuniti dan organisasi. Akhirnya masyarakat sekelilingnya sanggup melakukan apa sahaja termasuk memerangkapnya ke dalam lungun.

Kesimpulannya, saya melihat satu agenda yang mantap perlu menyusur selepas ini untuk ditatang hingga ke anak cucu. Dari BAHASA ini kita harus lebih komited. Mungkin hasil itu tidak kita capai dalam masa terdekat ini, tetapi generasi mendatang akan menikmatinya. Sesungguhnya persidangan baru-baru ini akan membawa kita lebih jauh lagi. Bahtera pun sudah sedia untuk dikemudi, bukan sahaja ke Selatan tetapi jauh lebih dari itu. Selamat belayar....!

Read more...

DUA TOKOH TERSOHOR DISERANG

>> Saturday 7 March 2009


Dua tokoh penulis Dr Lim Swee Tin dan SM Zakir diserang hendap oleh ahli BAHASA Sandakan di ruang legar rehat dewan persidangan. Gara-gara mahu 'menggali' ilmu pengetahuan disamping berkenalan dengan lebih rapat oleh BAHASA (S), kedua-dua tokoh berkenaan akur untuk mengisi ruang CELOTEH BAHASA dalam blog BAHASA (rujuk Celoteh BAHASA di 'chatbox'). Kedua-dua tokoh berkenaan bangga dengan komitmen dan semangat BAHASA Sandakan untuk hadir ke persidangan ini. Difahamkan seramai 19 ahli BAHASA Sandakan menghadiri persidangan ini dan merupakan ahli teramai dari badan-badan penulis di Sabah.

Read more...

TINTA MANIS DI PERSIDANGAN

>> Friday 6 March 2009



Jumaat, 6 Mac 2009
RUANG MAKAN KECOH DENGAN GELAGAT BAHASA
Seramai 19 orang ahli BAHASA Sandakan, gembira dan bersemangat menghadiri Persidangan Persuratan Dan Kebudayaan Kebangsaan (PPKP). Ini dapat dilihat dari gurau senda mereka semasa berada di ruang legar jamuan makan malam. Bertemu dengan kenalan lama dalam penulisan merupakan suatu saat yang selalu dinanti-nanti untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita. Banyak cerita baru yang dapat dikongsi bersama, antaranya cerita 'Pada Suatu Hari' yang sering mencuri perhatian umum.
Turut dipersembahakan pada malam itu oleh pihak penganjur ialah lagu-lagu tempatan, bacaan puisi dan tarian tradisional.

Hubngan intim antara ahli BAHASA Sandakan dan Majlis Tertingga BAHASA Pusat cukup menggamit rasa. Kehadiran Cikgu Ramli (Timbalan YDP BAHASA) menambahkan suasana riang di situ. Kami gembira melihat kadaan cikgu Ramli yang kelihatan sihat dan bertenaga.

BAHASA Sandakan tidak pernah meninggalkan tiap ruang untuk merakam gambar kenangan.

Read more...

PERSIDANGAN PERSURATAN DAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 2009

>> Tuesday 3 March 2009

PERSURATAN kebangsaan termasuklah kesusasteraan kebangsaan, dan tulisan atau penerbitan yang menggunakan bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan.
Kehadiran BAHASA Sandakan ke persidangan tersebut sudah lama dimaklumi dan dirancang oleh ahli BAHASA ini. Pengalaman, pengetahuan yang bakal dikaut pastinya akan memberi lagi imbalan yang besar dalam usaha BAHASA Sandakan meneroka bidang ilmu penulisan di Sabah khasnya. Usaha ini harus digembeling bersama agar impaknya lebih berkesan dan dapat dirasai bersama.
Peluang dan ruang yang luas seperti ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Niat dan peradaban meletakkan ruang yang luas untuk kita mempelajarinya. Hanya sekiranya kita mengambil remeh, maka ia akan memberi pulangan yang negatif serta sia-sia. Justeru kehadiran kita kali ini akan menerbus jauh untuk menyatakan impian kita bersama dalam BAHASA di Sabah. BAHASA Sandakan yang 'sangat gila' pada ilmu penulisan akan berbuat apa sahaja usaha untuk berjaya. Semangat ini akan membawa BAHASA Sandakan ke puncak jaya suatu hari nanti.
Sekitar 16 ahli BAHASA Sandakan akan 'menggegarkan' Kota Kinabalu dengan aura semangat ahlinya. BAHASA Sandakan bersyukur persidangan seumpama ini dapat dilaksanakan di negeri Bawah Bayu. Semoga persidangan ini akan dapat mengangkat persuratan dan kebudayaan kebangsaan sepanjang masa.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP