DUA HELAI DAUN DAN SEBUAH LUNGUN

>> Monday 9 March 2009

Melihat kepada takdir dan ketetapan ciptaan Allah, kita memikirkan bahwa apa-apa sekalipun yang dicipta-Nya mempunyai falsafah yang dalam untuk diteroka menjadi ilmu seterusnya diterjemah dalam kehidupan harian kita. Dari dua helai daun hinggalah ke beberapa helaian daun lain mempunyai iktibar yang harus diambil untuk panduan khususnya kepada para penulis.

Apakah disebalik dua helai daun? Apa pula kaitannya dengan BAHASA? Daun adalah lambang kemesraan, kesantunan, perpaduan dan kesungguhan. Sungguhpun dikatakan bahawa daun ini tidak bertemu tetapi tanpanya pokok tidak sempurna pada sifatnya. Penulis ibarat daun pada pokok. Iktibar dari daun ini kita jadikan ia sebagai saluran permuafakatan dan pembangunan minda rakyat Sabah.

Dialog dan pertemuan Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Badan Bahasa Dan Sastera (BAHASA) Sabah baru-baru ini merupakan lagi satu contoh terhadap iktibar daun tersebut. PPJ dan BAHASA dipisah oleh Laut Cina Selatan dan laut ini tidak pernah menghalang pertemuan kedua-duanya. Hasilnya buku Antologi Puisi BAHTERA KE SELATAN berjaya dihasilkan.

Perjuangan BAHASA masih jauh dan tidak akan selesai. Selesai dengan satu perkara akan melaksanakan lagi satu perkara dari perkara sebelumnya atau perkara baru. Inilah konsep sehelai daun. Gugur sehelai akan tumbuh yang baru. BAHASA perlu memainkan peranan dalam semua bidang lapangan yang ada termasuk bidang masakan dan pertanian.

Demikian juga dalam teater LUNGUN, ia memliki kekuatan falsafahnya yang tersendiri. Kalau kita kaitkan lungun tu dengan perjuangan kita dalam BAHASA banyak faedahnya. Ia juga banyak menyentuh hal-hal keperibadian sebagai penulis, kreadibiliti, komitmen, pengaruh, kepimpinan dan intigriti kita sebgai anak juang pena. Agaknya peribahasa katak di bawah tempurung akan senonim dengan otak di dalam lungun. ’Otak di dalam lungun’ menggambarkan pemikiran seseorang yang jumud, sempit dan ’suka merajuk’ sehinggakan dia dibenci dan tidak disayangi dalam mana- mana komuniti dan organisasi. Akhirnya masyarakat sekelilingnya sanggup melakukan apa sahaja termasuk memerangkapnya ke dalam lungun.

Kesimpulannya, saya melihat satu agenda yang mantap perlu menyusur selepas ini untuk ditatang hingga ke anak cucu. Dari BAHASA ini kita harus lebih komited. Mungkin hasil itu tidak kita capai dalam masa terdekat ini, tetapi generasi mendatang akan menikmatinya. Sesungguhnya persidangan baru-baru ini akan membawa kita lebih jauh lagi. Bahtera pun sudah sedia untuk dikemudi, bukan sahaja ke Selatan tetapi jauh lebih dari itu. Selamat belayar....!

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP