Badan Bahasa Dan Sastera (BAHASA) Sandakan mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN - 1 MALAYSIA
TERAAN SUCI RAMADHAN
Bulan terteranya keampunan. Bulan di mana kasih dilakar. Bulan di mana kita bersatu dalam qalb. Bulan di mana kita bunuh keegoan kita...
MUTIARA KATA
Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Hadis Sahih Riwayat Muslim)
MISKIN, CERCAAN MANUSIA BUKANLAH PENYEBAB HILANG BAHAGIA TETAPI RASA KECEWA, MARAH DAN TIDAK SABAR ITULAH YANG PENYEBABNYA. UJIAN HIDUP HAKIKATNYA HANYA MENYERLAHKAN SAHAJA REALITI HATI YANG SUDAH TIDAK BAHAGIA .
PAMERAN BUKU DBP
TERIMA KASIH DBP SABAH
MINGGU BAHASA DAN SASTERA, DAN KARNIVAL JUALAN BUKU DBP
Program berkenaan berjaya meraih sambutan dan belian yang tinggi dari seluruh warga Sandakan. Saya difahamkan oleh Saudara Al Fazli MS, harga buku diturunkan lagi sehingga serendah RM0.30 sen senaskah dan sehingga diskaun 80%. Aktiviti lain seperti bengkel penulisan, pertandingan esei dan lain- lain turut mendapat sambutan yang menggalakkan. Usaha murni Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah ini harus diberi pujian luar biasa. DBP mempunyai peranan yang besar dalam mendaulatkan bahasa kebangsaan kita. Ditambah lagi dengan penampilan HEBAT buku- buku terbaru terbitan DBP cukup menujah para pembaca dan peminat novel- novel. Kami warga Sandakan berharap agar program seumpama ini dijadikan program tahunan di Sandakan. Terima kasih DBP, Cawangan Sabah.
Jika anda adalah peserta MPR 2008 sila berhubung dengan Encik Hatta bin Yunus@ Sawabi, Setiausaha BAHASA Sandakam melalui H/P 019 869 2875 atau emel terus bahasasandakan@gmail.com .
GAMBAR DI PERSIDANGAN HARI TU...
Lungun II ( Hatta dan Kilat )
Sante (pengerusi BAHASA(S)) bersama ahlinya
"nanti dulu, ah ustat ambi gambar kita....."
Sandakan sasaran 2010
bersama YB Arifin @ Abang Arifin
Ahli BAHASA Sandakan selepas pelancaran buku Bahtera Ke Selatan
Dr Lim Swee Tin
MENCARI INDAH
Nama Lim Swee Tin (Dr.) di persada jagat sastera tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau merupakan sifu dalam penulisan dan deklamasi sajak. Sudah banyak buku kumpulan puisi yang beliau hasilkan. Minat Lim Swee Tin pada kesusasteraan (sastera Melayu) begitu mendalam sekali. Terkini, Dr. Lim menghasilkan album puisi bertajuk Mencari Indah yang beliau terbitkan sendiri. Album ini mengandungi 16 buah sajak. 14 buah sajak dideklamasikan dan 2 buah sajak beliau nyanyikan sendiri. Setiap pembelian album ini akan mendapat sebuah buku kumpulan puisi terbaharu beliau yang juga bertajuk Mencari Indah.
sudut celoteh ini tidak semestinya menggambarkan matlamat BAHASA Sandakan. Kami tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa yang terkandung dalam celoteh ini.
CELOTEH BAHASA
GERAPAN DARI HATI KITA SEMUA
Semasa awal- awal kita dimaklumkan oleh DBP, mereka akan mengadakan MINGGU BAHASA DAN SASTERA DAN KARNIVAL JUALAN BUKU di Sandakan, hati saya berdegup- degup bagai derapan kaki kuda yang berlari kencang merentas gunung. Debaran saya sebenarnya adalah; apakah kita boleh membantu? dan apakah bentuk dan cara yang kita boleh bantu? Pemilihan Sandakan sebagai lokasi program berkenaan sememangnya satu penghargaan kepada Sandakan dan BAHASA Cawangan Sandakan itu sendiri. Usaha, komitman, dan kerjasama yang ditonjolkan oleh BAHASA Sandakan juga sebenarnya menambat hati DBP Sabah untuk berkampung di Sandakan. Alhamdulillah, sepanjang perkampungan DBP di Sandakan, BAHASA Sandakan sentiasa mencari ruang untuk membantu memeriahkan program tersebut. Kita berbangga mengatakan bahawa usaha ini berjaya dengan cemerlang. Memetik kata- kata saudara Almiey, "...tanpanya (kita semua) DBP Sabah tidak mampu melaksanakan aktiviti sebaik yang dirancang." Kejayaan ini sesungguhnya adalah gerapan dari hati kita semua. Terimalah.
DUA HELAI DAUN
Dua helai daun yang tidak pernah dipertemukan. Dua helai daun segar di ranting yang sama. Ada hikmat dan falsafah yang tersirat. Orang bijak berfikir dari luar kotak pemikiran dengan melihat dan menilai dalam pelbagai perspektif. Apabila merenung dua helai daun yang tidak bertemu di sinilah pihak cendiakawan melihat manusia hari ini masing-masing hidup sendiri dengan tidak mempedulikan jiran sebelah walaupun hidup dalam satu negara. Penulis memainkan peranan penting dalam penyatuan bangsa dan pembangunan minda masyarakat sepanjang masa.
PANDUAN MENULIS CERPEN
TAKRIF CERPEN Cerpen singkatan dari "Cerita Pendek" di mana pembaca boleh menyudahkan pembacaannya dalam masa yang singkat (6 – 9 muka surat) atau paling lama satu jam (20 – 30). Namun pada kebiasaannya panjang sesebuah cerpen antara 6 – 20 muka surat bersaiz A4. Ada juga cerpen yang melebihi 20 muka surat dan ini bergantung kepada kebolehan pengarang dan kehendak penerbit. Sebagai contoh, Untuk menyertai sesuatu sayembara panjang cerpen antara 15 – 20 muka surat bertaip langkau dua baris .
Untuk disiarkan di surat khabar pula tidak melebihi 10 muka surat. Ini bermakna kalau cerpen itu panjangnya 20 muka surat kalau dikirim kepada mana-mana surat khabar, alamat tidak akan disiarkan kerana terlalu panjang sedangkan ruangannya terbatas kecuali untuk majalah.
Cerpen yang baik adalah yang mudah difahami, mudah dimengerti, informasi dan mesejnya jelas, menggunakan bahasa yang indah, mentaati kaedah bahasa, judulnya menarik, dan meyakinkan.”Selain itu cerpen yang menarik juga yang menyentuh isu atau berita semasa (news value), yakni aktual, faktual, penting, dan menarik. Dan ciri-ciri cerpen yang buruk pula ialah yang sebaliknya. Namun cerpen yang dianggap baik oleh seseorang tidak semestinya dianggap baik pula oleh orang lain kerana setiap pembaca berlainan cita rasanya.
Ada pembaca yang suka cerpen konvensional dan ada pula pembaca yang suka cerpen berbentuk non konvensional. Samaada konvensional atau non konvensional punya kelebihan dan tetap ada peminatnya.Adapun perkara yang perlu ada pada seorang penulis ialah niat yang baik, motivasi, mampu menguasai bahasa, suka membaca dan pandai menyesuaikan gaya penulisan mengikut kehendak pembaca.
Menulis sebuah cerpen ibarat membina sebuah rumah, mesti ada bahan-bahan untuk membangunkannya. Kalau rumah mesti ada tiang, atap, dinding, lantai dan sebagainya maka cerpen juga mesti ada perkara berikut:
1. CERITA Cerita merupakan perkara penting dalam sesebuah cerpen. Dan kita hendaklah pastikan dulu jenis cerita yang hendak ditulis. Contohnya:
erita kekeluargaan Cerita jenaka Fiksyen sains Cerita seram Cerita sindiran Pengembaraan Cerita binatang Kisah cinta Fantasi Cerita agama 2. WATAK Watak ialah pelakon yang mendukung cerita dalam sesebuah cerpen. Tanpa kehadiran watak maka cerita tidak dapat digerakkan. Kerana itu watak mesti wujud dalam sesebuah cerpen.Watak terbahagi kepada dua jenis iaitu watak utama dan watak sampingan/pembantu. Kerana takrif cerpen ialah cerita pendek maka tidak perlu watak yang ramai.
3. TEMA Tema juga amat penting dalam sesebuah cerpen. Tema yang menarik perhatian pembaca ialah yang membawa persoalan baru dan boleh menambah pengetahuan pembaca. Mesej yang hendak disampaikan melalui cerpen “HADIAH PALING BERHARGA” ialah keamanan, kedamaian, berkasih sayang adalah faktor utama kebahagiaan sesebuah rumah tangga.
4. SUASANA / LATAR BELAKANG Latar belakang juga penting dalam sesebuah cerpen kerana membantu pembaca menghayatinya dengan jelas. Latar belakang terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya: Latar belakang tempat Latar belakang masa Latar belakang umur Latar belakang cuaca dan sebagainya. Dengan adanya latar belakang ini memudahkan pembaca menggambarkan peristiwa yang sedang berlaku.
5. ALUR CERITA / TEKNIK PENCERITAAN Teknik penceritaan juga amat penting untuk menarik perhatian pembaca. Ini terpulang kepada kepintaran pengarang untuk memilih teknik penceritaannya. Ada teknik mendatar dan mudah sahaja iaitu dari A hingga Z. Namun ada pula menggunakan teknik sebaliknya. Bermula dari Z atau puncak cerita kemudian dibuat urutan kembali peristiwa. Cerpen “HADIAH PALING BERHARGA” bermula dengan teknik biasa kemudian diikuti flashback, monolog, kronologi, imbas kembali serta imbas muka watak-watak dalam cerita.
6. PERSOALAN Persoalan dalam cerpen juga amat berkesan di hati pembaca. Ada persoalan yang dibiarkan tergantung jawapannya namun ada pula persoalan yang berjaya diselesaikan dengan baik.Ada cerpen yang diakhiri dengan gembira dan ada pula cerpen yang diakhiri dengan sedih dan berduka. Ini juga terserah kepada pengarang untuk menentukannya.
7. AYAT AWAL Ayat awal atau pembuka kata dalam sesebuah cerpen amat penting kerana di situlah letaknya minat pembaca. Jika ayat dimulakan dengan bahasa yang indah dan berjaya memikat pembaca maka besar kemungkinan pembaca akan terus membacanya hingga habis. Sebaliknya jika ayat dimulai dengan perkataan yang membosankan maka besar pula kemungkinan ditinggalkan begitu sahaja.Kerana itu ada pengarang yang mengatakan paling sukar ialah hendak memulakan ayat pertama dalam sesebuah cerpen yang dihasilkannya. Ada kalanya terpaksa bermenung lama untuk memilih kata-kata yang indah dan memikat hati pembaca.
8. AYAT AKHIR Ayat penutup juga amat penting kerana ia meninggalkan kesan di hati pembaca. Ayat penutup yang baik akan diingat oleh pembaca.
DASAR DAN TUJUAN BAHASA
1. Menyatukan rakyat semua kaum di negeri Sabah khasnya dan Malaysia amnya menerusi bahasa Malaysia. 2. Menyatukan seluruh penulis, guru- guru, peminat dan ahli- ahli bahasa dan sastera dan seniman- seniman di Sabah. 3. Berusaha seluas- luasnya dalam lapangan bahasa, sastera dan ilmu pengetahuan: 3.1 Berjuang dan mempertahankan kedaulatan bahasa dan sastera. 3.2 Mengadakan khidmat-khidmat bagi menggalak, meninggi dan memperkembangkan bahasa dan sastera yang meliputi: 3.2.1 Usaha penulis-penulis, seniman- seniman dan bidang- bidang penerbitan, bahan- bahan bacaan seperti buku, majalah dan risalah; 3.2.2 Memperjuang serta mempertahankan hak- hak kepentingan dan kebajikan penulis- penulis dan seniman; 3.2.3 Berhubung serta bekerjasama dengan persatuan- persatuan atau pertubuhan dalam dan luar negari yang sama tujuannya dengan BAHASA. 4. Menjalankan langkah- langkah yang difikirkan patut dari semasa ke semasa untuk melaksanakan tujuan BAHASA.
0 comments:
Post a Comment